BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

~nuffnang~

pengikut saye

Friday 13 April 2012

KEHEBATAN SRIKANDI DI SISI ISLAM^^



Wahai wanita , tahukah anda bahawa wanita adalah golongan yang paling mudah untuk memasuki syurga jika sentiasa mengikut landasan agama.tetapi ,wanita juga antara penghuni  yang teramai di neraka kerana dosa-dosa yang dimiliki.maka,apakah pilihan anda?sudah tentu syurga jawapannya.mari kita mengimbau kehebatan kaum Hawa pada zaman Rasulullah SAW yang boleh dijadikan sumber inspirasi agar kita menjadi lebih berani,taat kepada Allah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri.

ü  Mampu mengawal emosi
-emosi yang tidak stabil akan membuatkan anda cepat marah dan melakukan perkara diluar jangkaan.manakala jika anda terlalu mengikut nafsu,binasalah diri.maka untuk menjadi insan yang cemerlang,tanam dalam hati bahawa gabungan iman dan akal yang waras mampu membuatkan anda bersikap rasional dalam segala hal.

ü  Hebat menyuarakan pandangan
-bukankah anda tahu baha wanita juga mempunyai martabat  yang tinggi dalam islam.”berani kerana benar”.itulah kata2 yang wajib anda pegang tatkala memberikan pendapat terhadap sesuatu perkara.wanita hebat adalah mereka yang berani menegakkan kebenaran.

ü  Berani untuk mempertahankan diri
-jangan sesekali membiarkan orang lain membiarkan maruah anda tercalar terutama jika ia melibatkan perkara yang tidak benar.berani kerana menegakkan kebenaran adalah tuntutan agama.

ü  Ikhlas melakukan pekerjaan
-wanita yang hebat tidak akan memikirkan pulangan diatas segala apa yang dilakukan.baginya,pekerjaan yang dibuat adalah kerana rasa tanggungjawab demi kepentingan dan kesenangan orang lain.apabila kita ikhlas,maka Allah SWT akan membalasnya dengan pahala beribu kali ganda.

ü  Menjaga maruah diri
-maruah adalah aset penting yang perlu dipelihara bagi memastikan segala pekerjaan anda diredhai Allah SWT.islam menitik beratkan  hal kesucian diri kepada wanita demi kebahagiaan yang abadi.



sahabat~


^^Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita..ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,kerana dia juga seorang manusia..dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang ,sedih dan kecewa..dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan..jadilah kita kawannya itu..kita selalu melihat dia ketawa,tapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangka..disebalik senyumannya itu,mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..disebalik ketenangannya ,mungkin tersimpan seribu kekalutan..kita tidak tahu….tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu..


Thursday 12 April 2012

~wanita





Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Tuesday 3 April 2012

~sepatah suku kata...



hye..sume..! da lame x update myblog...terasa rindu tahap gaban la plak...ummm skunk ney bz ckit ngan exam LJM yang semakin dkat ney..nk kne wat preparation skit sbel0m exam..
^^doakan saya taw..hope lulus dengan cemerlang..amin..