BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

~nuffnang~

pengikut saye

Friday 13 April 2012

KEHEBATAN SRIKANDI DI SISI ISLAM^^



Wahai wanita , tahukah anda bahawa wanita adalah golongan yang paling mudah untuk memasuki syurga jika sentiasa mengikut landasan agama.tetapi ,wanita juga antara penghuni  yang teramai di neraka kerana dosa-dosa yang dimiliki.maka,apakah pilihan anda?sudah tentu syurga jawapannya.mari kita mengimbau kehebatan kaum Hawa pada zaman Rasulullah SAW yang boleh dijadikan sumber inspirasi agar kita menjadi lebih berani,taat kepada Allah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri.

ü  Mampu mengawal emosi
-emosi yang tidak stabil akan membuatkan anda cepat marah dan melakukan perkara diluar jangkaan.manakala jika anda terlalu mengikut nafsu,binasalah diri.maka untuk menjadi insan yang cemerlang,tanam dalam hati bahawa gabungan iman dan akal yang waras mampu membuatkan anda bersikap rasional dalam segala hal.

ü  Hebat menyuarakan pandangan
-bukankah anda tahu baha wanita juga mempunyai martabat  yang tinggi dalam islam.”berani kerana benar”.itulah kata2 yang wajib anda pegang tatkala memberikan pendapat terhadap sesuatu perkara.wanita hebat adalah mereka yang berani menegakkan kebenaran.

ü  Berani untuk mempertahankan diri
-jangan sesekali membiarkan orang lain membiarkan maruah anda tercalar terutama jika ia melibatkan perkara yang tidak benar.berani kerana menegakkan kebenaran adalah tuntutan agama.

ü  Ikhlas melakukan pekerjaan
-wanita yang hebat tidak akan memikirkan pulangan diatas segala apa yang dilakukan.baginya,pekerjaan yang dibuat adalah kerana rasa tanggungjawab demi kepentingan dan kesenangan orang lain.apabila kita ikhlas,maka Allah SWT akan membalasnya dengan pahala beribu kali ganda.

ü  Menjaga maruah diri
-maruah adalah aset penting yang perlu dipelihara bagi memastikan segala pekerjaan anda diredhai Allah SWT.islam menitik beratkan  hal kesucian diri kepada wanita demi kebahagiaan yang abadi.



0 comments :