Haus/dahaga (haus yang berlebihan), Letih, Berat badan menurun, Penglihatan kabur, Otot lemah dan Gatal.
Lain-lain gejala termasuk: Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan, Luka yang lambat sembuh, Kencing yang kerap, Gatal pada bahagian kemaluan dan Rasa kebas.
BERISIKO MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes.
Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
Berumur 35 tahun atau lebih tua.
(Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes)
Berat badan berlebihan atau obesiti.
(Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.)
Impaired glucose tolerance (IGT).
Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
Sejarah mempunyai bayi yang besar
(berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
Tekanan darah tinggi
Tidak aktif
(gaya hidup sedentari)
Faktor pemakanan
(Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat)
Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.
KOMPLIKASI DM (keadaan kecemasan)
Hipoglisemia
ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah.
Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh.
Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.
Diabetes Ketoacidosis
adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi.
(Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin).
Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengantuk dan tidak sedar diri.
Hiperglisemia
adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi.
Anda akan mengantuk dan tidak sedar diri.
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan (Kronik)
Mata
Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
Saraf
Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene.
Otak
Angin ahmar (hubung dengan strok)
Buah pinggang
kegagalan buah pinggang
Jantung
Sakit jantung
MENGELAK DARI MENDAPAT PENYAKIT KENCING MANIS
♥Mengawal pengambilan makanan
Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah.
♥Melakukan senaman fizikal
Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan.
Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
♥Ubatan
Jika anda pengidap diabetes jenis 1
(anda memerlukan suntikan insulin.)
Jika anda pengidap diabetes jenis 2
(anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.)
PESAKIT KENCING MANIS BOLEH HIDUP SECARA AKTIF
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
Penjagaan secara umum
♥Penjagaan kulit
♥Mandi setiap hari
♥Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
♥Merawat luka dan calar dengan segera
♥Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
Penjagaan kaki
♥Basuh kaki setiap hari
♥Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
♥Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
♥Potong kuku jari kaki secara lurus
♥Tukar stokin anda setiap hari
♥Jangan berjalan tanpa kasut
♥Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
Mengawasi diri sendiri
♥Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
♥Penjagaan gigi
♥Kerap menjalani pemeriksaan mata
♥Mengelakkan minuman keras
♥Berhenti merokok
credit to kementerian kesihatan malaysia^^.
7 comments :
thanks for sharing this.. =D
nice sharing :D
yg mengandung tu agak bhya gk, time mengandung mesti macam2 nk mkn, tp kena kawal gk glucose level kn? klau mak xde pape, ank maybe berisiko dpt side effect, peringatan u semua n diri sendiri,
nice entyr ^^
sharing is caring :)
info yg bagus.... :D
info yg bagus.... :D
thanz sume..sharing is caring..semoga kita semua mendapat pengetahuan =)
Post a Comment