BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

~nuffnang~

pengikut saye

Tuesday 24 January 2012

~sekadar peringatan bersama~


Kisah benar: Akibat dedah AURAT di facebook....... kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat... selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa...... yang mengetahui password facebooknya... jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum.... dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA! *Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.... kita tak tahu bila kita akan mati... jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya.... Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi...ameen...Al-Fatihah

p/s:di copy kat facebook ayat-ayat jiwang^^bleyh la same2 ambk iktibar erk..=)

Sunday 22 January 2012

♥ senyumlah selalu ♥

  • Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.




  • Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.




  • Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.




  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.




  • Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.




  • Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.




  • Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.




  • Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .




  • Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).




  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.




  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.




  • Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.




  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.




  • Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.




  • Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
  • Saturday 21 January 2012

    ♥ a.w.a.k ♥

                                   

    ~kal0 sy terkasar kepada awk..beritahu taw <3

     kal0 awk sayang sy..beritahu taw <3
     kal0 awk suka sy sbg kawan awk..BERITAHU TAW <3
     sbb sy sayang awk sampai berhentinya degupan jantung sy..
                            <3 thanz awk <3

    Friday 20 January 2012

    ♥ untuk peringatan kita ♥




    ♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

    Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


    1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


    2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


    3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


    4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


    5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


    6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


    7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


    8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


    9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


    Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


    Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


    PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


    ~ALLAH knows BESt!~♥

    Thursday 19 January 2012

    ♥ bersyukurlah♥



     SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN 


    Siapa kata jadi perempuan tu SENANG


    Nak kena tutup sana, tutup sini

    Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

    Perempuan, stoking pon kena pakai

    Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

    Komfem x tahan bertutup semua

    Tapi, perempuan cool jek

    Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

    Siapa kata jadi perempuan tu senang

    Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

    Nak pergi kelas pon susah

    Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

    Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

    Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

    Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

    Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

    Hebat kan perempuan

    Siapa kata jadi perempuan tu senang

    Hati ni Allah jadikan lembut betul

    Cepat jek sensitif

    Cuba tengok orang putus cinta

    Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

    Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

    Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

    Siapa yg paling teruk menangis

    Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

    Lembut tak lembut hati perempuan

    Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

    Hebat tak perempuan?

    Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

    Diorang cakap, Allah x adil

    Kenapa Allah lebihkan lelaki

    Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

    Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

    Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

    Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

    Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

    Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

    Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

    Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

    Kesian kan kat diorang

    Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

    Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

    Persoalannya sekarang

    Betul ke Allah x adil dengan perempuan

    Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

    Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

    Betul, isteri kena ikut cakap suami

    Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

    X adil lagikah Allah pada perempuan

    Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

    Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

    Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

    Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

    Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

    Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

    MashaAllah, hebatnya perempuan kan

    Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

    Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

    Banyak lagu pasal perempuan kan

    Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

    Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

    Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

    Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

    Orang akan cakap:

    'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

    Kita x pernah dengar orang cakap:

    'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

    Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

    Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

    Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

    Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

    Perempuan senang nak masuk syurga

    Tengok hadis ni:

    "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
    (Hadis Riwayat Ahmad)

    X adil lagikah Allah dekat perempuan

    Oh perempuan, sedarlah

    Betapa sayangnya Allah dekat kita

    Betapa cintanya Allah dekat kita

    Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

    Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

    Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

    Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

    Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

    Sekadar perkongsian bersama 

    ~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

    Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi