BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

~nuffnang~

pengikut saye

Wednesday 25 July 2012

♥sambungan info mengenai penyakit kencing manis/DM ^^


salam sejahtera dan salam satu malaysia..h0ho..ariney nk continue info about penyakit DM/kencing manis..=)
credit 2 En.Ajib kerana tanpa soalan beliau tiadalah entry kedua ini..=)
sharing is caring!meh cney sume..bace kat bawah neh..

JENIS-JENIS PENYAKIT DM

Jenis 1 
 "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus"  (bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Jenis 2 
"Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus"  (tidak bergantung pada insulin)
Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

TANDA-TANDA/GEJALA


 Haus/dahaga (haus yang berlebihan), Letih, Berat badan menurun, Penglihatan kabur, Otot lemah dan Gatal.
Lain-lain gejala termasuk: Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan, Luka yang lambat sembuh, Kencing yang kerap, Gatal pada bahagian kemaluan dan Rasa kebas.

BERISIKO MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS


Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. 
Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
Berumur 35 tahun atau lebih tua.
 (Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes)
Berat badan berlebihan atau obesiti.
(Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.)
Impaired glucose tolerance (IGT).
Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
Sejarah mempunyai bayi yang besar 
(berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
Tekanan darah tinggi
Tidak aktif 
(gaya hidup sedentari)
Faktor pemakanan 
(Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat)
Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.

KOMPLIKASI DM (keadaan kecemasan)
Hipoglisemia 
ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. 
Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh.
 Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.

Diabetes Ketoacidosis
 adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi.
 (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin).
 Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengantuk dan tidak sedar diri.

Hiperglisemia 
adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. 
Anda akan mengantuk dan tidak sedar diri.

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan (Kronik)   
Mata
Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta 
Saraf
Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene.
Otak
Angin ahmar (hubung dengan strok)
Buah pinggang
kegagalan buah pinggang
Jantung
Sakit jantung

MENGELAK DARI MENDAPAT PENYAKIT KENCING MANIS

Mengawal pengambilan makanan
Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah.

Melakukan senaman fizikal
 Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan.
 Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.

Ubatan
Jika anda pengidap diabetes jenis 1
(anda memerlukan suntikan insulin.)
Jika anda pengidap diabetes jenis 2
(anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.)

PESAKIT KENCING MANIS BOLEH HIDUP SECARA AKTIF
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
Penjagaan secara umum
Penjagaan kulit
Mandi setiap hari
Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
Merawat luka dan calar dengan segera
Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.

Penjagaan kaki
Basuh kaki setiap hari
Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
Potong kuku jari kaki secara lurus
Tukar stokin anda setiap hari
Jangan berjalan tanpa kasut
Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.

Mengawasi diri sendiri
Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
Penjagaan gigi
Kerap menjalani pemeriksaan mata
Mengelakkan minuman keras
Berhenti merokok

credit to kementerian kesihatan malaysia^^.

Friday 20 July 2012

diabetes /kencing manis..kenapa terjadi erk?


salam sejahtera dan salam satu malaysia..h0h0..hari ney nak share info mengenai diabetes =)

ISTILAH PENTING BAGI MEMAHAMI DIABETES

INSULIN
insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut.
insulin berfungsi membantu glukosa memasuki sel badan dan menukarnya menjadi tenaga.

GLUKOSA
sejenis bahan yang dihasilkan melalui pemakanan.
makanan didalam perut akan ditukar menjadi glukosa dan diserap ke dalam salur darah bagi mengeluarkan tenaga.

~that why la..korang still bertenaga walaupon berpuase..

APAKAH YANG MENYEBABKAN PENYAKIT DIABETES

diabetes berlaku apabila hormon insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi atau tidak berkesan.
ini menyebabkan glukosa yang terkumpul di dalam darah tidak dapat masuk ke sel badan.
oleh itu,glukosa akan terkumpul dengan banyaknya dalam darah dan melimpah ke dalam air kencing.
keadaan ini juga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga walaupun paras glukosa tinggi dalam darah.


sekian, terima kaseh.

oh my english !!


salam sejahtera dan salam satu malaysia..hoho
em..dok uma..makan tido..makan tido memang borim..
so,untuk menghilangkan rasa borim (sementara nak dapat keje)..
jeng..jeng..jeng


join kursus english kat kolej komunuti gerik..coz pasney kan nak keje kat private ospital..mesti kne pandai speaking..
weeeeeee =)

apesal aku terbongkok-bongkok tue..hehe

doakan kiteorang supaya cepat dapat keje erk..=)

sekian,terima kaseh.


Wednesday 18 July 2012

bawak handphone ke sekolah..?? PATOT KER ??


salam sejahtera dan salam satu malaysia..h0h0..
entry kali ney about pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah..!
pat0t ker ??
tidakkah anda tahu bahawa ia mendatangkan kesan buruk kepada pelajar sekolah 
disebabkan penyalahan gunaan..!


Perkara ini antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.
DATUK DR WEE KA SIONG / TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
emmm..nak b0bel ape lagi kan..tunggu dan lihat jea la..=)
sekian,terima kaseh.

(>‿♥) surat buat bakal suamiku..





Buat bakal suamiku ♥ 
Jgn dibimbangkan tntang cinta ini,
kerana aku akn mencintaimu dgn penuh kasih sayang,
kerana aku percaya bahawa Allah itu menciptakan yang terbaek untukku
aku juga akan menerima segala kekurangan dan kelebihan dirimu,
dan ku harapkan bahawa dikau p0n begitu dapat menerimaku seadanya,
aku tahu bahawa dikau seorang yang kacak,romantik,dan paling penting,
kau dapat membimbingku menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah..
insyaAllah..

sekian,terima kaseh
petikan dari fb koleksi ayat2 cinta


(>‿♥) senyum..xperlu kata apa2..!


~salam sejahtera dan salam satu malaysia..h0h0..hilangkan kesakitanmu dengan senyuman =)

senyumlah andai dirimu dilukai
senyumlah andai dirimu dilupai
senyumlah andai dirimu dikhianati
senyumlah andai dirimu ditindasi
senyumlah andai dirimu dibebani
senyumlah andai dirimu disakiti
sesungguhnya senyuman itu menunjukkan ketabahan diri ♥

sekian,terima kaseh

Monday 16 July 2012

~kenangan bersama INTAKE JUN 2009..=)


~salam sejahtera dan salam satu malaysia..! pejam celik...pejam celik..rupenya da sebulan bergelar graduan..umm..bile agaknye nk bekerjaya..hoho monolog dalaman (dun wory laa..bru abeh..blom konvo ag)

rindu la plak kat kawan2 yang berjuang bersama2 demi mengenggam segulung diploma..hoho 
(baru diploma..tapi ingat senang ker)

ney la bdax class aku =)
(nursing intake jun 2009 bersama barisan tenaga pengajar)



































credit 2 puan shaza diatas gambar2 tersebut..;)

nak nyanyi ckit..

sahabat untuk selamanya..
berbagi dan saling menjaga, 
 kau dan aku sahabat.. 
 untuk selamanya,
selama-lamanya SETIA.. 

sekian ,terima kasih.





Sunday 15 July 2012

yeaa..ramadan dah datang !


salam sejahtera dan salam satu malaysia..=)

Ya ALLAH,
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami..
Maka,jadikanlah ia Ramadhan paling bererti untuk kami,
Menerangi kegelapan hati-hati kami dan menyuluh diri kami menuju redhaMU ya ALLAH,
Semoga ia bakal mewarnai kehidupan kami di akhirat kelak.
Amin ya Rabbal alamin.

bercinta lepas nikah is much better !


Saya pernah SETIA tapi DIDUAKAN..

Saya pernah PERCAYA tapi DIKHIANATI

Saya pernah MENCINTAI tapi DISAKITI

Saya pernah MEMILIKI tapi akhirnya KEHILANGAN

Saya pernah JUJUR tapi DITIPU

Saya pernah BERHARAP tapi harapan cuma
SIA-SIA

~Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan waktu dengan orang yang salah. 


~itulah manusia..