BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

~nuffnang~

pengikut saye

Wednesday 25 July 2012

♥sambungan info mengenai penyakit kencing manis/DM ^^


salam sejahtera dan salam satu malaysia..h0ho..ariney nk continue info about penyakit DM/kencing manis..=)
credit 2 En.Ajib kerana tanpa soalan beliau tiadalah entry kedua ini..=)
sharing is caring!meh cney sume..bace kat bawah neh..

JENIS-JENIS PENYAKIT DM

Jenis 1 
 "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus"  (bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Jenis 2 
"Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus"  (tidak bergantung pada insulin)
Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

TANDA-TANDA/GEJALA


 Haus/dahaga (haus yang berlebihan), Letih, Berat badan menurun, Penglihatan kabur, Otot lemah dan Gatal.
Lain-lain gejala termasuk: Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan, Luka yang lambat sembuh, Kencing yang kerap, Gatal pada bahagian kemaluan dan Rasa kebas.

BERISIKO MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS


Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. 
Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
Berumur 35 tahun atau lebih tua.
 (Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes)
Berat badan berlebihan atau obesiti.
(Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.)
Impaired glucose tolerance (IGT).
Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
Sejarah mempunyai bayi yang besar 
(berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
Tekanan darah tinggi
Tidak aktif 
(gaya hidup sedentari)
Faktor pemakanan 
(Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat)
Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.

KOMPLIKASI DM (keadaan kecemasan)
Hipoglisemia 
ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. 
Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh.
 Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.

Diabetes Ketoacidosis
 adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi.
 (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin).
 Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengantuk dan tidak sedar diri.

Hiperglisemia 
adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. 
Anda akan mengantuk dan tidak sedar diri.

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan (Kronik)   
Mata
Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta 
Saraf
Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene.
Otak
Angin ahmar (hubung dengan strok)
Buah pinggang
kegagalan buah pinggang
Jantung
Sakit jantung

MENGELAK DARI MENDAPAT PENYAKIT KENCING MANIS

Mengawal pengambilan makanan
Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah.

Melakukan senaman fizikal
 Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan.
 Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.

Ubatan
Jika anda pengidap diabetes jenis 1
(anda memerlukan suntikan insulin.)
Jika anda pengidap diabetes jenis 2
(anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.)

PESAKIT KENCING MANIS BOLEH HIDUP SECARA AKTIF
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
Penjagaan secara umum
Penjagaan kulit
Mandi setiap hari
Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
Merawat luka dan calar dengan segera
Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.

Penjagaan kaki
Basuh kaki setiap hari
Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
Potong kuku jari kaki secara lurus
Tukar stokin anda setiap hari
Jangan berjalan tanpa kasut
Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.

Mengawasi diri sendiri
Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
Penjagaan gigi
Kerap menjalani pemeriksaan mata
Mengelakkan minuman keras
Berhenti merokok

credit to kementerian kesihatan malaysia^^.

7 comments :

Nadia Elena said...

thanks for sharing this.. =D

fynuraqilah said...

nice sharing :D

Athirah said...

yg mengandung tu agak bhya gk, time mengandung mesti macam2 nk mkn, tp kena kawal gk glucose level kn? klau mak xde pape, ank maybe berisiko dpt side effect, peringatan u semua n diri sendiri,
nice entyr ^^

Nurul Husna Mohd Hassan said...

sharing is caring :)

Reena Sidek said...

info yg bagus.... :D

Reena Sidek said...

info yg bagus.... :D

nurhafizahshaffril.blogspot.com said...

thanz sume..sharing is caring..semoga kita semua mendapat pengetahuan =)